KUALA LUMPUR: Penerbit digital nombor satu Malaysia, REV Media Group (REV), melakar pencapaian membanggakan apabila membolot tujuh anugerah pada malam berprestij Malaysian Digital Association (MDA) d'Awards 2026, baru-baru ini.
Lebih bermakna, REV membawa pulang anugerah Emas bagi dua kategori utama industri iaitu Publisher of the Year dan Content Agency of the Year sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai penerbit digital nombor satu di negara ini.
Secara keseluruhan, REV meraih tiga anugerah Emas dan empat anugerah Perak menerusi pelbagai kategori merangkumi penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen serta pembangunan bakat.
Selain itu, REV turut memenangi anugerah Emas bagi kategori Best Digital Growth Campaign, yang membuktikan keupayaan agensi ini dalam mengembangkan audiens dan menghasilkan impak digital yang boleh diukur dengan berkesan.
Bagi anugerah Perak pula, REV cemerlang menerusi empat kategori utama iaitu Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content/Advertorial/Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.
Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, kemenangan ini amat bermakna kerana ia mencerminkan usaha warga kerja REV dalam membina ekosistem media yang menyeluruh.
"Daripada penerbitan dan kandungan berjenama kepada produk AI, pertumbuhan platform dan penyelesaian kempen bersepadu, fokus kami tetap sama iaitu memahami audiens Malaysia, menghasilkan karya yang mendapat perhatian dan menggunakan teknologi dengan tujuan yang jelas.
"Ini adalah pencapaian bersama dan saya berbangga dengan warga REV yang terus meningkatkan standard media digital di Malaysia," katanya.
Di samping meraih pengiktirafan industri, REV terus memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada ekosistem digital tempatan melalui kerjasama industri dan inovasi platform.
Syarikat itu juga aktif memacu inisiatif pembangunan belia seperti Tech For Good Youth, yang memberikan pendedahan praktikal kepada golongan pelajar dalam bidang kandungan, media dan teknologi.
Dengan capaian melebihi 16 juta pelawat unik setiap bulan melalui lebih 30 jenama berautoriti dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina, REV terus membuktikan kandungan yang dekat di hati rakyat mampu memacu landskap digital negara ke tahap tertinggi.




















