BH Online
Ringkasan Berita

PM ingatkan sekolah jangan sorok kes buli demi jaga imej

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
PM ingatkan sekolah jangan sorok kes buli demi jaga imej

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah supaya tidak melindungi atau menyembunyikan kejadian buli semata-mata bagi menjaga imej dan prestasi institusi pendidikan.

Perdana Menteri berkata, pentadbir sekolah perlu bersikap telus dalam mengendalikan kes disiplin kerana tindakan menyembunyikan insiden hanya akan membiarkan kezaliman terus berulang, sekali gus menjejaskan keselamatan murid dan pelajar.

"Saya mengingatkan pengetua dan guru besar supaya mengambil perkara ini sebagai satu sikap yang sangat penting. Tidak bermakna apabila satu kes berlaku dan dihebahkan, sekolah itu gagal.

"Kalau guru besar memilih untuk mendedahkan kes itu, saya hormat kerana dia tidak cuba melindungi semata-mata hendak menjaga imej sekolah atau prestasi sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Kementerian Pendidikan (KPM), di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Video Terkini

Berita Berkaitan