KUALA LUMPUR: Platform beli-belah rangkaian rumah dan e-dagang terkemuka Malaysia, WOWSHOP, kini mencecah usia sedekad dalam mewarnai pengalaman membeli-belah rakyat di negara ini.
Bersempena pencapaian bermakna itu, WOWSHOP melancarkan kempen ulang tahun ke-10 bertemakan 'WOW 10 You' sebagai tanda penghargaan atas sokongan setia pelanggan.
Membawa slogan '10 Tahun, 10 Kali Hebat!', kempen ini merupakan simbolik dedikasi WOWSHOP dalam memberikan pengalaman beli-belah luar biasa, menghiburkan dan penuh penjimatan.
Ganjaran, promosi menarik sepanjang April
Bagi memastikan sambutan ini dirasai semua, WOWSHOP merangka pelbagai tawaran eksklusif untuk memaksimumkan setiap sen yang dibelanjakan pelanggan.
- 5 dan 7 April: Percuma baucar RM10 tanpa had minimum pembelian.
- 17 dan 19 April: 10 peratus pulangan tunai WOW bagi setiap transaksi untuk penjimatan pembelian seterusnya.
- 29 dan 30 April: Diskaun segera RM10 untuk potongan harga terus.
Istimewa buat yang baru mendaftar, pelanggan bakal menerima baucar RM10 dengan pembelian minimum RM99.
Lebih menarik, pelanggan juga dapat menikmati promosi menarik. Antara yang ditawarkan termasuk:
- LE NONA Feast Majesty 46cm Jumbo Pot Set – RM269.
- LE NONA Rose Luxe Smart Cooker 5L – RM259.
- LE NONA Celestial Royale – RM349.
Setiap set promosi ini dilengkapkan dengan pelbagai hadiah percuma. Pelanggan juga boleh memilih pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali melalui Atome.
Kehadiran personaliti terkenal
Kemeriahan kempen turut diserikan dengan penampilan barisan duta dan selebriti popular tanah air.
Mereka bukan sahaja akan menemani penonton di kaca televisyen, malah berkongsi pelbagai tips produk serta testimoni jujur bagi membantu pelanggan membuat pilihan terbaik.
Orang ramai dipelawa menyaksikan rancangan WOWSHOP secara langsung di saluran TV3, TV9 dan 8TV untuk mengikuti perkembangan kempen dan demonstrasi produk.
Sertai kemeriahan sedekad WOWSHOP dengan melayari laman web rasmi di www.wowshop.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih WOWSHOP MY untuk menebus baucar.




















