BH Online
Ringkasan Berita

Tonton cari pemenang baharu, hadiah utama Wuling Bingo EV menanti

KUALA LUMPUR: Pusingan 1 bagi kempen sensasi Tonton Non Stop, On Top! secara rasmi melabuhkan tirainya dengan pengumuman seramai 223 pemenang bertuah, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Pusingan 1 bagi kempen sensasi Tonton Non Stop, On Top! secara rasmi melabuhkan tirainya dengan pengumuman seramai 223 pemenang bertuah, kelmarin. 

Bagaimanapun, identiti pemilik bertuah bagi hadiah utama berupa sebuah kenderaan elektrik (EV), Wuling Bingo EV, masih belum didedahkan kepada umum.  

Menurut kenyataan media pihak Tonton, pemenang utama yang berjaya mengumpul jumlah mata tertinggi sebanyak 64,561 mata tersebut hanya akan diumumkan secara rasmi pada majlis penyampaian hadiah yang bakal diadakan dalam masa terdekat.  

Bagi kategori lain, senarai nama pemenang naib johan, hadiah saguhati dan hadiah saguhati khas turut diumumkan secara serentak. 

Antara hadiah lumayan yang dimenangi peserta termasuk 17 unit telefon pintar jenama Oppo serta lebih daripada 200 keping baucar tunai. 

Orang ramai yang menyertai kempen ini boleh menyemak senarai penuh pemenang menerusi pautan hantaran rasmi di akaun Instagram Tonton.  

Susulan berakhirnya fasa pertama, peluang untuk bergelar pemenang seterusnya kini kembali terbuka buat seluruh rakyat Malaysia apabila Pusingan 2 dibuka secara rasmi. 

Bermula 29 Jun sehingga 12 Julai 2026, fasa baharu ini menyaksikan mekanik kutipan mata bagi pusingan terdahulu ditetapkan semula kepada sifar.  

Langkah penetapan semula mata secara tidak langsung memberikan peluang yang adil dan seimbang kepada semua, sama ada peserta sedia ada mahupun baharu untuk memburu kemenangan dalam pusingan kali ini.  

Sepanjang tempoh berkenaan, pelanggan TontonUp berpeluang mengumpul mata ganjaran dengan hanya menstrim filem Korea terpilih yang disediakan di platform penstriman video tersebut. 

Antara judul filem yang disenaraikan termasuk filem seram pecah panggung Exhuma, naskhah debaran aksi Hijack 1971 serta filem popular lain seperti The Childe, Sinkhole, Peninsula, The Moon dan Concrete Utopia.  

Bagi mempercepatkan pengumpulan mata ganjaran, fasa insentif mata berganda atau 'Turboost' turut diperkenalkan semula sepanjang tempoh Pusingan 2 bagi memberi kelebihan kepada penonton yang menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu.  

Hujung minggu pertama pada 4 dan 5 Julai 2026, peserta boleh menggandakan mata sebanyak dua kali ganda dengan menonton kandungan tempatan dan antarabangsa terpilih seperti Neraka Yang Terhijab, Luka Di Hujung Setia, Holy Night: Demon Hunters, The Roundup: No Way Out, dan The Bad Guys: Reign Of Chaos.  

Peluang penggandaan mata yang sama turut ditawarkan pada hujung minggu berikutnya pada 11 dan 12 Julai 2026 melibatkan barisan judul menarik seperti Azure Spring, I'm Calling Off the Engagement with the Male Lead, Shall We Date for Just One Day?, In This Life, I'm Trying to Save the Boss, dan Can Ghosts Be Laundered?.  

Pintu penyertaan bagi kempen Tonton Non Stop, On Top! masih lagi terbuka kepada mereka yang belum mendaftar.  

Bagi menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp sama ada untuk tempoh masa tiga atau 12 bulan. 

Selepas melanggan, pengguna boleh terus menstrim kandungan terpilih bagi mengumpul mata sebanyak mungkin sepanjang tempoh kempen berlangsung demi mengubah kedudukan mereka dalam carta utama.  

Maklumat lanjut mengenai kempen, syarat penyertaan dan senarai kandungan penuh boleh didapati di laman web rasmi contest.tonton.com.my/nonstopontop atau ikuti akaun rasmi media sosial @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram.

Video Terkini

Berita Berkaitan