Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian hidup, sama ada meneruskan rutin harian atau menjauhkan diri seketika demi mencari ketenangan.Â
Tema ini diangkat dalam drama Korea terbaharu bertajuk Azure Spring yang mengisahkan pertemuan dua individu yang cuba melupakan kisah silam mereka.
Diadaptasi daripada webtoon karya Jang Dukhyun dan diarahkan oleh Jung Hunsoo, drama enam episod ini menggabungkan elemen romantik dan perjalanan mencari kekuatan diri.
Drama ini menampilkan Yeri Red Velvet (Kim Ye-rim) sebagai Anna, bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan impiannya akibat kecedera
Demi mencari ketenangan, Anna berpindah ke kampung halaman ibunya di sebuah pulau terpencil.Â
Di sana, dia bertemu Deokhyun lakonan Kang Sang-jun, bekas anggota pasukan khas UDT yang hidup menyendiri akibat dihantui kisah silamnya.
Di pulau tersebut, Anna dan Deokhyun mula menjalani kehidupan sebagai haenam dan haenyeo iaitu penyelam tradisional yang mencari hasil laut.
Rutin harian seperti menyelam, mengutip hasil laut dan berkongsi rezeki dengan komuniti setempat akhirnya membantu mereka menerima kenyataan hidup serta melepaskan beban emosi yang lama dipendam.
Drama penuh emosi ini turut dibintangi oleh Ko Ju-hee dan Jung Hyun-min.
Kesemua enam episod Azure Spring boleh ditonton secara serentak menerusi platform penstriman Tonton bermula 10 Jun 2026, jam 12 tengah malam.




















-7388479.jpg)


