BH Online
Ringkasan Berita

Aksi Fury Championship Vol. II kini di Tonton

PUTRAJAYA: Platform penstriman Tonton melakar sejarah baharu dalam arena sukan digital apabila dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan sukan tempur, Fury Championship Vol. II secara Pay-Per-View (PPV) buat julung kalinya.

PUTRAJAYA: Platform penstriman Tonton melakar sejarah baharu dalam arena sukan digital apabila dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan sukan tempur, Fury Championship Vol. II secara Pay-Per-View (PPV) buat julung kalinya.

Pengurus Besar Tonton, Fikri Rizal Mahruddin menyifatkan kerjasama ini sebagai lonjakan besar buat platform tersebut dalam memperluaskan kandungan sukan digital tempatan. 

Malah, beliau berharap lebih banyak organisasi sukan akan memanfaatkan Tonton untuk mendekati audiens yang lebih luas pada masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AR Fury Holdings, Wafiy Ilhan Johan menganggap pengenalan konsep PPV ini sebagai langkah strategik dan berani dalam membuka dimensi baharu buat industri sukan tempur tanah air.

Bakal berlangsung di Karisma Arena, Seremban pada 25 Julai ini, kejohanan itu menampilkan 13 pertarungan sengit membabitkan atlet tempatan dan antarabangsa.

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah pertembungan antara wakil Malaysia, Izzat Zaki dan pencabar dari Indonesia, Brian Lawitan.

Selain menyaksikan aksi di gelanggang, langganan PPV ini turut memberi kelebihan kepada penonton untuk mengikuti kisah di sebalik tabir setiap atlet menerusi kandungan eksklusif di Tonton.

Menariknya, kehangatan kejohanan ini sudah pun dirasai apabila tiket fizikal kategori "Super Early Bird" habis terjual dalam tempoh kurang 10 minit sebaik sahaja jualan dibuka.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan aksi ini secara digital, akses "Early Bird PPV" kini ditawarkan di platform Tonton pada harga RM11.90 untuk tempoh terhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini, layari laman mikro Fury x Tonton atau dapatkan tiket fizikal perlawanan di portal Wowtix.

Bagi yang ingin menyaksikan debaran pertarungan secara digital, siaran langsung boleh ditonton menerusi Fury Live TV di Tonton.

Video Terkini

Berita Berkaitan