BH Online
Ringkasan Berita

Kopi dingin cerminkan gaya hidup, pilihan generasi muda

Oleh Hannah Norbaqqa Syarul
Kopi dingin cerminkan gaya hidup, pilihan generasi muda

Golongan Gen Z meneroka kreativiti mereka dengan menghasilkan ciptaan kopi peribadi menggunakan NESCAFÉ Espresso Concentrate yang disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.

Oleh Hannah Norbaqqa Syarul

Oleh Ezairi Shamsudin

KOPI bukan lagi sekadar minuman untuk memulakan hari, sebaliknya semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup generasi muda dalam mencari ruang rehat, berekspresi dan menikmati detik santai.

Trend kopi sejuk atau 'cold coffee' kini dilihat semakin mendapat tempat, selari dengan perubahan cara masyarakat menikmati minuman itu.

Jika dahulu kopi lebih sinonim dengan rutin harian, kini ia berkait rapat dengan pengalaman termasuk budaya 'cafe-hopping' serta masa bersendiri yang lebih peribadi.

Golongan muda khususnya dilihat memacu perubahan ini, dengan kecenderungan terhadap minuman yang boleh disesuaikan mengikut citarasa dan suasana.

Sama ada menikmati latte ais, Americano atau mencuba campuran baharu, kopi kini menjadi medium untuk mencipta pengalaman yang lebih peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols, berkata inovasi dalam penyediaan kopi dilihat mampu membuka peluang baharu selari dengan perubahan citarasa pengguna, khususnya generasi muda yang semakin meneroka budaya kopi dengan cara tersendiri.

"Kami melihat potensi pertumbuhan dalam ruang kopi yang semakin berkembang ini, terutama dalam kalangan generasi muda yang meneroka budaya kopi dengan cara unik mereka.

"Pada masa sama, kami mahu menawarkan pengalaman kopi yang lebih mudah dan menyeronokkan kepada pengguna," katanya pada pelancaran produk baharu Nestlé, NESCAFÉ Espresso Concentrate, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, di peringkat global, permintaan terhadap kopi sejuk juga menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mencerminkan perubahan pilihan pengguna yang semakin menghargai fleksibiliti dan kreativiti dalam gaya hidup mereka.

Katanya, perkembangan ini turut seiring dengan peningkatan minat terhadap konsep kemewahan kecil yang mampu memberi ketenangan dalam rutin harian yang sibuk.

"Bagi sesetengah individu, secawan kopi yang dinikmati bersama tontonan filem atau ketika bertemu rakan menjadi cara mudah untuk 'reset' emosi.

"Seiring perubahan gaya hidup ini, pilihan untuk menyediakan kopi ala kafe di rumah juga semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan mereka yang mahukan kemudahan tanpa menjejaskan pengalaman," katanya.

Juan berkata, konsep minuman sedia bancuh, misalnya, membolehkan individu menyediakan pelbagai jenis kopi sejuk seperti latte ais atau Americano, malah bereksperimen dengan campuran lebih kreatif mengikut citarasa sendiri.

"Kopi hari ini semakin dekat dengan gaya hidup pengguna, khususnya dalam kalangan generasi muda yang melihatnya sebagai sebahagian daripada pengalaman, bukan sekadar keperluan," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Hoh Yik Huan, 24, berkata beliau kebiasaannya memilih suasana santai sebagai cara untuk berehat tanpa tekanan.

Katanya, aktiviti mengunjungi kafe atau minum kopi menjadi pilihan mudah kerana menawarkan persekitaran selesa selain sesuai untuk bersembang atau sekadar meluangkan masa.

"Bagi saya, kafe adalah pilihan 'selamat' kerana semua orang boleh cari sesuatu yang mereka suka. Sama ada kopi, matcha, kek atau nak layan suasana. Ia memang jadi pilihan utama saya bila ada masa lapang atau jumpa kawan," katanya.

kopi2
Satu botol, pelbagai ciptaan tanpa had,daripada gaya klasik hingga kreatif, golongan Gen Z mengubah NESCAFÉ Espresso Concentrate menjadi minuman kopi peribadi.

Tambah beliau, kopi bukan sekadar minuman, malah turut membentuk pengalaman ketika berkumpul dengan rakan-rakannya.

"Biasanya, kopi itu sendiri jadi sebahagian daripada perbualan. Kita akan kongsi rasa, aroma, sama ada terlalu pahit atau sedap.

"Sekarang orang lebih cari tempat santai untuk duduk dan berborak, dan kafe memang sesuai. Jadi kopi itu seolah-olah jadi 'alasan' atau titik pertemuan untuk orang berkumpul dan berhubung," katanya.

Katanya, beliau turut mengakui momen menikmati kopi membantu menenangkan fikiran, terutama ketika berdepan tekanan kerja atau tugasan.

Video Terkini

Berita Berkaitan