BH Online
Ringkasan Berita

BOKITTA kembali ke Alamanda dengan butik konsep pertama

PUTRAJAYA: Jenama tudung dan fesyen Muslimah, BOKITTA, kembali melebarkan sayap dengan pembukaan semula butiknya di Alamanda Putrajaya, sekali gus menandakan kepulangan ke pusat beli-belah itu selepas tiga tahun.
BOKITTA kembali ke Alamanda dengan butik konsep pertama

Jenama tudung BOKITTA kembali melebarkan sayap dengan pembukaan semula butiknya di Alamanda Putrajaya.

PUTRAJAYA: Jenama tudung dan fesyen Muslimah, BOKITTA, kembali melebarkan sayap dengan pembukaan semula butiknya di Alamanda Putrajaya, sekali gus menandakan kepulangan ke pusat beli-belah itu selepas tiga tahun.

Lebih istimewa, butik berkenaan tampil dengan konsep baharu yang lebih luas dan moden, sekali gus menjadi butik konsep pertama BOKITTA yang memberi penekanan kepada pengalaman membeli-belah lebih eksklusif serta mesra pelanggan.

Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan BOKITTA, Datin Ayu Roslan, berkata pembukaan semula butik itu dibuat susulan permintaan berterusan pelanggan sejak jenama berkenaan mula beroperasi di Alamanda pada 2019.

"Kami kembali ke Alamanda dengan lot yang lebih besar bagi memberikan keselesaan serta ruang yang lebih luas kepada pelanggan dan pencinta tudung BOKITTA," katanya.

BOKITTA-ALAMANDA-32
Rekaan dalaman butik mengangkat konsep Modern Minimalist with Organic Mediterranean.

Selain dikenali menerusi koleksi tudung instant, BOKITTA kini turut mengembangkan penawaran sebagai jenama gaya hidup Muslimah menerusi koleksi pakaian, pakaian sukan, telekung dan pelbagai aksesori bagi memenuhi keperluan wanita moden.

Koleksi tudung segera dipakai yang menjadi identiti jenama itu juga dipelbagaikan dengan rekaan lebih versatil, sesuai digayakan dalam pelbagai situasi termasuk ketika melancong, bersukan atau menghadiri majlis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn Bhd, Aniza Shahadan, berkata butik berkenaan turut memperkenalkan tiga koleksi utama yang menjadi tarikan kepada pelanggan.

Katanya, koleksi Bokitta Monogram mengetengahkan elemen eksklusif menerusi cetakan logo ikonik jenama manakala Plain Chiffon tampil dengan pilihan warna baharu yang sesuai digayakan setiap hari.

"Selain itu, kami turut memperkenalkan material baharu Ribbed Jersey daripada Natural Fibre – Lenzing yang lebih anjal, sejuk, menyerap peluh dan tidak memerlukan gosokan," katanya.

BOKITTA ALAMANDA-582
Material baharu lebih lembut dan memberikan keselesaan pemakai.

Dari aspek rekaan dalaman, butik berkenaan mengangkat konsep Modern Minimalist with Organic Mediterranean yang menggabungkan elemen moden dan sentuhan organik bagi mewujudkan suasana lebih tenang serta premium.

Susun atur yang lebih luas, pencahayaan lembut dan ruang rehat yang disediakan memberi pengalaman membeli-belah lebih selesa, sekali gus menjadikan butik itu bukan sekadar ruang runcit, malah destinasi gaya hidup.

Pembukaan semula butik di Alamanda mencerminkan usaha berterusan BOKITTA memperkukuh kedudukannya dalam industri fesyen Muslimah tempatan dengan menawarkan produk yang menggabungkan gaya, keselesaan dan fungsi.

Video Terkini

Berita Berkaitan