BH Online
Ringkasan Berita

MARA In Fashion bawa rekaan ke persada global

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) terus mengorak langkah memperkasa industri fesyen Bumiputera menerusi penganjuran MARA In Fashion (MIF) Fashion Runway yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.
MARA In Fashion bawa rekaan ke persada global

MARA In Fashion (MIF) Fashion Runway berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.- Foto FB MARA

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) terus mengorak langkah memperkasa industri fesyen Bumiputera menerusi penganjuran MARA In Fashion (MIF) Fashion Runway yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.

Bukan sekadar pentas peragaan, program berprestij itu tampil sebagai platform strategik dalam menyokong pembangunan industri kreatif, bersempena sambutan ulang tahun ke-60 agensi berkenaan.

Mengangkat tema "6 Dekad Menyulam Legasi, Mengilhamkan Evolusi Fesyen", acara itu disempurnakan oleh Ahli Majlis MARA, Rosni Sohar, yang menegaskan komitmen berterusan MARA dalam memperluas pengaruh industri fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Pentas berkenaan menyaksikan penglibatan nama-nama besar industri seperti Rizman Ruzaini, Thalia, Mirol Jonit, Anggun Cotton, Kebaya Selangor dan Yani Bakhtiar yang memperagakan koleksi eksklusif masing-masing.

fesyen2
Antara jenis fabrik sesuai digayakan ketika musim panas.

Reka bentuk yang diketengahkan merangkumi konsep modest fashion, moden kontemporari serta busana pengantin yang semakin mendapat perhatian di pasaran global.

Pada masa sama, MIF turut memberi peluang kepada bakat muda apabila pelajar TVET dari TVET MARA Rembau dan GIATMARA Kuala Lumpur tampil memperagakan hasil kreativiti mereka di pentas sebenar industri.

fesyen5
MIF turut memberi peluang kepada bakat muda mperagakan hasil kreativiti mereka. Foto FB MARA

Penyertaan pelajar terbabit di acara antarabangsa seperti World Expo Osaka 2025 sebelum ini membuktikan keupayaan bakat tempatan untuk bersaing di peringkat global, sekali gus mengharumkan nama negara.

Penganjuran MIF dilihat sebagai langkah proaktif MARA dalam melahirkan lebih ramai usahawan fesyen berdaya saing, selain memperluas jaringan kolaborasi serta mengukuhkan ekosistem fesyen Bumiputera secara menyeluruh.

fesyen 4

Selepas enam dekad penubuhannya, MARA bukan sahaja kekal relevan dalam bidang pendidikan dan keusahawanan, malah kini semakin agresif meneroka industri kreatif selaras aspirasi membawa rekaan tempatan ke pentas dunia.

fesyen3
Setiap pilihan pakaian memberi kesan kepada keselesaan dan keyakinan diri. -Foto hiasan

Video Terkini

Berita Berkaitan