BH Online
Ringkasan Berita

ICE-WATCH tawar koleksi terbaru yang menarik untuk lelaki

KUALA LUMPUR: ICE-WATCH Malaysia terus mengukuh kedudukannya di pasaran tempatan menerusi pelancaran koleksi terbarunya, Bewatch Chrono yang direka khusus untuk lelaki.
ICE-WATCH tawar koleksi terbaru yang menarik untuk lelaki

Pierre Lutgen (tiga kiri) dan Meer Habib (tiga kanan) pada pelancaran koleksi Bewatch Chrono di Time Zone Sales and Service Centre, Ampang. NSTP/ AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: ICE-WATCH Malaysia terus mengukuh kedudukannya di pasaran tempatan menerusi pelancaran koleksi terbarunya, Bewatch Chrono yang direka khusus untuk lelaki.

Pemilik ICE-WATCH Malaysia dan Time Zone Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Habib, berkata koleksi Bewatch Chrono kali ini diperkenalkan dengan rekaan mengetengahkan ciri versatil dan warna menarik yang boleh digayakan secara kasual atau majlis rasmi.

"Sudah lama kami tidak melancarkan sesuatu yang sangat berbeza untuk lelaki berbanding koleksi sebelum ini khusus untuk golongan hawa.

"Jadi, kali ini kami tampilkan koleksi jam tangan lelaki yang menonjolkan daya tarikan menyerlah dan rekaan versatil, interpretasi halus terhadap jam tangan kronograf klasik serta rekaan estetik diminati ramai yang menerima maklum balas memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bewatch Chrono di Pusat Jualan dan Perkhidmatan Time Zone dekat Ampang di sini, hari ini.

Lebih bermakna pelancaran eksklusif diserikan dengan kehadiran pengasas ICE-WATCH, Jean-Pierre Lutgen bersama isterinya serta pasukan Asia Pasifik dari Hong Kong, sekali gus mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan Belgium dalam industri jam tangan.

meer
Pemilik ICE-WATCH Malaysia dan Time Zone Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Habib. NSTP/ AZIAH AZMEE


Meer berkata, kehadiran delegasi Belgium ke Malaysia bagi pelancaran itu juga membuktikan komitmen erat antara kedua-dua pihak yang sudah lama bekerjasama.

Mengulas persaingan dalam pasaran jam tangan, Meer berkata, ICE-WATCH menekankan tiga elemen utama iaitu kualiti tinggi, reka bentuk kreatif dan harga mampu milik.

"Walaupun berasal dari Belgium, harga jam ini sangat berpatutan dan kami turut menawarkan jaminan dua tahun. Ini memberikan nilai tambah kepada pengguna.

"Identiti jenama berwarna-warni dan ceria juga menjadikannya sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Orang kita menggemari warna terang dan suasana ceria menjadikan jam ini sangat serasi dipakai, sama ada dalam suasana korporat mahupun santai," katanya.

Selain itu, Meer berkata, jenama jam tangan itu diminati kerana faktor keselamatan dan sesuai digayakan sepanjang masa yang menjadikannya aksesori pilihan pengguna.

"Ramai rakyat Malaysia yang melancong atau urusan kerja di luar negara mungkin berdepan risiko kehilangan atau kecurian jam mahal. Jadi ICE-WATCH menawarkan alternatif yang bergaya tetapi tidak terlalu berisiko.

"ICE-WATCH terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga kompetitif, sekali gus kekal relevan dalam pasaran semakin mencabar," katanya.

Bewatch Chrono menawarkan enam pilihan warna yang menampilkan rekaan teliti daripada susun atur dial, pilihan warna kontras, sekali gus mempamerkan keyakinan bersahaja dan elegan.

Diperkenalkan di Bastogne, Belgium pada 2007, ICE-WATCH berkembang menjadi jenama jam tangan diiktiraf pada peringkat global, dikenali dengan pendekatan berwarna-warni, optimistik dan inovatif di lebih 55 negara.

ICE-WATCH di Malaysia dipasarkan secara eksklusif oleh Time Zone Sdn Bhd, cawangan jam tangan Kumpulan Habib yang memiliki 11 cawangan di seluruh negara dan mudah diakses pengguna.

Video Terkini

Berita Berkaitan