BH Online
Ringkasan Berita

Empat wakil Malaysia mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Empat pemain badminton muda negara menyalakan harapan untuk memburu kejuaraan apabila mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Empat wakil Malaysia mara ke separuh akhir

Tiew Wei Jie mara ke separuh akhir selepas bangkit menewaskan pemain Indonesia, Yudha Rendra Wijaya 14-21, 21-18, 21-13.

KUALA LUMPUR: Empat pemain badminton muda negara menyalakan harapan untuk memburu kejuaraan apabila mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Tumpuan terarah kepada perseorangan lelaki, Tiew Wei Jie yang mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit menewaskan pemain Indonesia, Yudha Rendra Wijaya 14-21, 21-18, 21-13 dalam pertarungan selama 70 minit.

Wei Jie berkata, kunci kebangkitannya adalah dengan mengekalkan fokus sepanjang perlawanan meskipun ketinggalan pada awal permainan.

"Itu yang membantu saya bangkit dan terus percaya saya mampu memenangi perlawanan ini," katanya.

Seorang lagi wakil negara dalam perseorangan lelaki, Lim Boon Le turut mara apabila menundukkan seorang lagi pemain Indonesia, Alif Akbar 21-18, 21-15.

Dalam acara beregu campuran, Isyraf Hafizin-Lee Joinne melakukan kebangkitan dramatik untuk menewaskan pasangan Indonesia, Azka Ghani Putri Wardhana-Genta Restu Handika 12-21, 24-22, 21-11.

"Kami tidak bermain dengan baik pada set pertama, tetapi kami terus percaya kepada kemampuan sendiri dan berjuang hingga ke mata terakhir," kata Isyraf.

Dalam saingan perseorangan wanita, Lee Kay Xin turut mara selepas menewaskan rakan senegara, Jang Sher Ling 21-12, 14-21, 21-18.

Video Terkini

Berita Berkaitan