BH Online
Ringkasan Berita

Empat wakil negara tersingkir di Terbuka China

KUALA LUMPUR: Empat wakil negara ditunjukkan jalan keluar daripada Terbuka China selepas tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini.
Empat wakil negara tersingkir di Terbuka China

Leong Jun Hao tewas kepada Weng Hong Yang 22-20, 11-21, 18-21 dalam tempoh 70 minit.

KUALA LUMPUR: Empat wakil negara ditunjukkan jalan keluar daripada Terbuka China selepas tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini.

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terus kempunan melangkah ke suku akhir pertama musim ini apabila tewas dalam pertarungan tiga set kepada wakil China, Weng Hong Yang 22-20, 11-21, 18-21 dalam tempoh 70 minit.

Turut tersingkir ialah beregu lelaki pecahan negara, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik yang gagal mengatasi gandingan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi apabila tewas 16-21, 17-21.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut terpaksa akur selepas tewas kepada pilihan kelima dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui menerusi keputusan 21-23, 15-21.

Shevon mengakui kegagalan mereka mengekalkan ketenangan selepas lawan berjaya mengejar mata menjadi antara faktor kekalahan dalam perlawanan berkenaan.

"Kami bermula dengan baik dan berjaya mengambil kesempatan daripada keadaan drift untuk mendapatkan kelebihan awal. Tetapi apabila mereka mula mengejar dan menyamakan kedudukan, kami mula sedikit tergesa-gesa.

"Kami sepatutnya kekal tenang dan bermain seperti permulaan perlawanan, tetapi kami tidak berjaya melakukannya. Itu menjadi kesilapan terbesar kami hari ini," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Turut mengakhiri cabaran ialah beregu campuran pecahan negara, Chen Tang Jie-Clarissa San yang tewas dalam pertarungan tiga set kepada pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-11, 14-21, 19-21.

Video Terkini

Berita Berkaitan