BH Online
Ringkasan Berita

Redzuan-Si Yan mula langkah kanan

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Redzuan Zulwaqqarizal Ahmad-Teh Si Yan memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2026 dengan langkah kanan apabila melangkah ke pusingan kedua, hari ini.
Redzuan-Si Yan mula langkah kanan

Redzuan-Si Yan menewaskan rakan senegara, Yee Tian Ci-Lee Weng Yan 21-13, 21-13 pada aksi pusingan pertama Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Redzuan Zulwaqqarizal Ahmad-Teh Si Yan memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2026 dengan langkah kanan apabila melangkah ke pusingan kedua, hari ini.

Beraksi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Ahmad Redzuan-Teh Si Yan tidak berdepan masalah menewaskan rakan senegara, Yee Tian Ci-Lee Weng Yan 21-13, 21-13 dalam tempoh 28 minit pada aksi pusingan pertama.

Redzuan menyifatkan kekal fokus menjadi kunci kejayaan mereka selain menekankan kepentingan saling memberi sokongan terutama ketika berdepan detik penting.

"Kami hanya bermain secara agresif dan kekal fokus kepada permainan kami," katanya.

Mengulas aksi seterusnya, Ahmad Redzuan berkata mereka perlu mengurangkan kesilapan mudah bagi memastikan peluang melangkah lebih jauh terus terbuka.

Pasangan itu akan berdepan gandingan Filipina, John Vincent Lanuza-Jhiane Cloe SAbarillo bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Dalam satu lagi aksi beregu campuran, Irfan Shazmir-Nur Aina Maisarah Hatta turut mencipta kemenangan mudah apabila menewaskan wakil Filipina, Imari Dawn Jimenez-Ralph Nino Dalojo 21-7, 21-9 dalam tempoh hanya 20 minit.

Bagi acara perseorangan wanita, Chua Jing Xuan mengatasi rakan senegara, Chong Wan Xin 21-17, 21-16 untuk mara ke pusingan berikutnya.

Sementara itu, perseorangan lelaki menyaksikan Kong Wei Xiang menewaskan rakan senegara, Wong Yin Heng 21-13, 21-9 untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Video Terkini

Berita Berkaitan