BH Online
Ringkasan Berita

Won Ho-Seung Jae sekat langkah Sze Fei-Izzudin ke final Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR: Perjalanan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terhenti di separuh akhir Terbuka Jepun selepas tewas dalam pertarungan tiga set di tangan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.
Won Ho-Seung Jae sekat langkah Sze Fei-Izzudin ke final Terbuka Jepun

Sze Fei dan Izzuddin akan meneruskan perjuangan di Terbuka China selepas ini.

KUALA LUMPUR: Perjalanan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terhenti di separuh akhir Terbuka Jepun selepas tewas dalam pertarungan tiga set di tangan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.

Pada aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Sze Fei-Izzuddin bermula agak perlahan di set pertama apabila tewas 12-21 namun mengubah corak permainan di set kedua dan berjaya bangkit untuk menang 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke ruber set.

Di set penentuan, kedua-dua pasangan terus meningkatkan intensiti permainan dan sering melakukan serangan pantas untuk mematikan bola lebih cepat sehingga kedudukan 11-11.

Dalam situasi ini, ketenangan serta corak bertahan Won Ho-Seung Jae jelas lebih baik sementara Sze Fei pula sering terperangkap dengan beberapa kesilapan sekali gus membolehkan lawan terus menjarakkan mata lebih jauh untuk memastikan tiket ke final menjadi milik Korea dengan kemenangan 21-13.

Kemenangan itu membolehkan Won Ho-Seung Jae mencatat kemenangan ketiga daripada lima pertemuan sebelum ini.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada separuh akhir Terbuka Indonesia yang menyaksikan beregu kelima dunia itu berjaya menewaskan pasangan nombor satu dunia itu dalam pertarungan tiga set 21-18, 17-21, 21-16.

Bagi aksi final nanti, Won Ho-Seung Jae akan turun mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu dan akan membuat perhitungan sama ada dengan wakil tuan rumah, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi atau pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Selepas ini Sze Fei-Izzuddin akan meneruskan cabaran di Terbuka China dan akan bertemu pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray- Lin Yu Chieh di pusingan pertama.

Video Terkini

Berita Berkaitan