KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah hanya memerlukan 30 minit untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia, sebentar tadi.
Gandingan kedua dunia itu berjaya mengenepikan cabaran gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan sebelum memuktamadkan perlawanan dengan keputusan 21-18-21-19.
Kemenangan itu secara tidak langsung melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas Ya Ching-Yu-Hsuan yang berada di ranking ke-15 dunia selepas turut menewaskan lawan di pusingan pertama Masters Indonesia tahun lalu.
Di suku akhir nanti, Pearly-Thinaah bakal membuat perhitungan sama ada bertemu satu lagi wakil negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting ataupun Rui Hirokami-Sayaka Hobara yang bertemu dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua selepas ini.
Sebagai rekod, Pearly-Thinaah berjaya muncul selaku naib juara kejohanan berstatus Super 1000 itu pada edisi tahun lalu selepas tewas gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 25-23, 12-21, 19-21.




















