BH Online
Ringkasan Berita

Latif membara ke Glasgow

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly membawa keyakinan tinggi ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas akhirnya memecahkan penantian lapan tahun untuk mencipta rekod peribadi (PB) baharu.
Latif membara ke Glasgow

Latif menjalani latihan menjelang Sukan Komanwel 2026.

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly membawa keyakinan tinggi ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas akhirnya memecahkan penantian lapan tahun untuk mencipta rekod peribadi (PB) baharu.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis itu mencipta sejarah apabila melakukan lompatan sejauh 7.94 meter (m) pada Kejohanan Terbuka Kedah, 18 Julai lalu, sekali gus memperbaharui rekod lamanya 7.85m yang dilakar di Terbuka Kuala Lumpur pada 2018.

Catatan 7.94m itu bukan sahaja mengatasi rekod peribadinya, malah melepasi rekod dunia acara T20 iaitu 7.67m, sekali gus memberikan suntikan keyakinan menjelang aksi di Glasgow.

"Sasaran saya di Sukan Komanwel ialah melakukan lompatan sekitar 7.70m hingga 7.80m atau lebih," katanya.

Latif yang diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang berkata, peningkatan prestasi itu didorong oleh keadaan fizikal yang kembali berada pada tahap terbaik selepas berjaya mengatasi masalah kecederaan yang pernah membelenggunya.

"Alhamdulillah, saya kini bebas daripada kecederaan dan fokus sepenuhnya untuk mencapai prestasi kemuncak di Sukan Komanwel. Saya rasa ini tahun terbaik kerana prestasi saya memang sedang meningkat," katanya.

Pemenang dua pingat emas Paralimpik itu berkata, kehadiran cahaya mata pertama turut menjadi pembakar semangat untuk terus memburu kejayaan di pentas antarabangsa.

"Saya rasa ia langsung tidak mengganggu. Malah, ia memberi motivasi yang lebih kepada saya. Sekarang dah ada anak kecil, jadi ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjuang," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan