BH Online
Ringkasan Berita

Jonah lebur rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR: Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan lontaran sejauh 18.81 meter (m) pada Kejohanan Melontar Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan, hari ini.
Jonah lebur rekod kebangsaan

Aksi Jonah dalam acara lontar peluru lelaki pada Kejohanan Melontar Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan, hari ini. Foto Olahraga Malaysia

KUALA LUMPUR: Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan lontaran sejauh 18.81 meter (m) pada Kejohanan Melontar Asia 2026 di Mokpo, Korea Selatan, hari ini.

Catatan itu mengatasi rekod terdahulu 18.78 m yang dilakukannya pada Sukan SEA 2025 Bangkok, sekali gus membuktikan peningkatan prestasi atlet berkenaan di pentas antarabangsa.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat, pencapaian itu tetap dianggap membanggakan dan memberi petanda positif menjelang kejohanan akan datang.

Aksi terbabit berlangsung di Kompleks Sukan Mokpo yang menyaksikan persaingan sengit daripada atlet terbaik Asia.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet China, Chen Hong Fei selepas mencatat lontaran sejauh 20.18 m sekali gus turut memecah rekod kejohanan itu.

Rakan senegaranya, Chen Cheng Yu meraih pingat perak dengan 19.64 m, manakala gangsa menjadi milik wakil Kazakhstan, Ivan Ivanov dengan catatan 19.41 m.

Keputusan itu menyaksikan Jonah menamatkan saingan di luar kedudukan podium, namun tetap mencuri perhatian menerusi rekod baharu yang dilakarnya.

"Sepatutnya boleh melakukan 19 meter namun tidak apa kerana sudah mengetahui jarak dan mungkin boleh lakukan pada kejohanan akan datang," kata Jonah.

Peningkatan jarak lontaran itu memberi gambaran jelas bahawa atlet negara itu berada di landasan tepat untuk terus mencabar pada kejohanan lebih besar selepas ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan