BH Online
Ringkasan Berita

Qabil kutip mata penting di Magny-Cours

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan mengharungi minggu penuh mencabar di Pusingan 4 Kejuaraan Moto4 European Cup yang melabuhkan tirainya semalam di Litar De Nevers Magnycours, Perancis.
Qabil kutip mata penting di Magny-Cours

Qabil mengumpul 10 mata di Perancis. Foto: FB ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan mengharungi minggu penuh mencabar di Pusingan 4 Kejuaraan Moto4 European Cup yang melabuhkan tirainya semalam di Litar De Nevers Magnycours, Perancis.

Begitupun Qabil, 14, tetap menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan selepas memulakan saingan dari petak ke-22.

Pelumba pasukan SIC-GRYD Racing itu menamatkan saingan dengan catatan keseluruhan 25 minit 41.345 saat (s) untuk mengutip lapan mata berharga.

Begitupun prestasi cemerlang itu tidak dapat dibawa Qabil pada Perlumbaan 2 yang menyaksikan dirinya menamatkan saingan di kedudukan ke-14 selepas memulakan perlumbaan dari petak ke-23.

Qabil menamatkan perlumbaan dengan catatan 25:44.084s untuk meraih satu mata berharga bagi perlumbaan berkenaan.

Dengan berakhirnya perlumbaan di Perancis, saingan selepas ini dijadual berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada 6 September ini.

Pada ketika ini dengan saingan masih berbaki tiga pusingan, Qabil sudah mengumpul 61 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan.

Qabil tercicir 74 mata di belakang pendahulu dari pasukan CFMoto Aspar Junior Team, Alvaro Lucas.

Berada di tangga kedua keseluruhan ketika ini adalah pelumba Team Echovit Pasini Racing, Lorenzo Pritelli dengan 99 mata manakala Mateo Marulanda (AC Racing Team) ketiga, 86 mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan