BUDAPEST: Juara dunia Formula Satu (F1), Lando Norris menamatkan dominasi Mercedes apabila meletakkan McLaren di petak pertama Grand Prix (GP) Hungary selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan, hari ini.
Kejayaan itu menamatkan dominasi Mercedes yang meraih 10 petak pertama berturut-turut, sekali gus menjadi kali pertama musim ini pasukan itu gagal bermula dari posisi hadapan.
Norris akan memulakan perlumbaan dari barisan hadapan bersama pemandu Ferrari, Lewis Hamilton yang hampir meraih petak pertama buat kali pertama sejak 2023.
Namun, impian juara dunia tujuh kali itu untuk kembali menguasai sesi kelayakan tidak kesampaian apabila dia ketinggalan hanya 0.012 saat di belakang Norris.




















