BH Online
Ringkasan Berita

Tiket Tribune Hakim Danish berharga RM420 habis dijual

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mendapat sokongan menjelang Grand Prix (GP) Malaysia apabila tiket Tribune Hakim Danish yang berharga RM420 habis dijual dalam tempoh singkat selepas dibuka kepada orang ramai.
Tiket Tribune Hakim Danish berharga RM420 habis dijual

Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menunjukkan trofi kejuaraan yang dimenanginya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mendapat sokongan menjelang Grand Prix (GP) Malaysia apabila tiket Tribune Hakim Danish yang berharga RM420 habis dijual dalam tempoh singkat selepas dibuka kepada orang ramai.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum ini memperkenalkan tribune khas itu sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pelumba berusia 19 tahun berkenaan, selain memberi peluang peminat berhimpun untuk memberikan sokongan ketika perlumbaan Oktober ini.

Tribune khas itu menawarkan tempat duduk eksklusif di grandstand, selain pakej barangan rasmi Hakim Danish yang menjadi tarikan utama.

Sambutan menggalakkan itu hadir seiring prestasi memberangsangkan Hakim Danish yang sedang mencipta nama di pentas Kejuaraan Dunia Moto3 bersama pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi.

Pelumba kelahiran Terengganu itu mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulung kariernya pada GP Republik Czech, selain menaiki podium di GP Itali.

Selepas mengharungi 11 pusingan musim ini, Hakim Danish menghuni tangga ketujuh keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 86 mata, sekali gus meletakkannya dalam kelompok pencabar utama Moto3 dunia.

Terdahulu, Hakim Danish menyifatkan inisiatif SIC mewujudkan tribune khas sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.

Video Terkini

Berita Berkaitan