BH Online
Ringkasan Berita

Halim akhiri saingan di tempat keenam

GLASGOW: Perenang para negara, Abdul Halim Mohamad menamatkan saingan di tangga keenam acara 100 meter kuak dada SB9 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Halim akhiri saingan di tempat keenam

Perenang para negara, Abdul Halim Mohamad menamatkan saingan di tangga keenam acara 100m kuak dada SB9 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026. – Foto Majlis Sukan Negara

GLASGOW: Perenang para negara, Abdul Halim Mohamad menamatkan saingan di tangga keenam acara 100 meter kuak dada SB9 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Atlet kelahiran Sabah yang meraih lima pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2025 itu mencatat masa satu minit 16.41 saat pada aksi final di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross.

Pingat emas dimenangi Beau Matthews dari Australia dengan catatan 1:09.41s, manakala Joshua Willmer dari New Zealand meraih perak selepas mencatat masa 1:11.44s.

Seorang lagi perenang Australia, Timothy Hodge melengkapkan kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa menerusi catatan 1:12.74s.

Acara renang dan renang para pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung selama enam hari akan melabuhkan tirai esok. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan