BH Online
Ringkasan Berita

Malaysia lakar sejarah ke suku akhir bola keranjang 3x3

GLASGOW: Skuad bola keranjang 3x3 negara melakar sejarah apabila mara ke suku akhir Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.
Malaysia lakar sejarah ke suku akhir bola keranjang 3x3

Pasukan bola keranjang 3x3 negara ketika menentang Fiji pada peringkat kumpulan Sukan Komanwel Glasgow 2026. – Foto BERNAMA

GLASGOW: Skuad bola keranjang 3x3 negara melakar sejarah apabila mara ke suku akhir Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Scottish Event Campus, Malaysia yang dibarisi Chang Zi Fueng, Chong Zhen Yang, Ting Chun Hong dan Ooi Xian Fu mencatat kemenangan bergaya 21-15 ke atas Jamaica.

Skuad negara akan berdepan tuan rumah Scotland pada aksi suku akhir awal pagi esok dengan pemenang perlawanan itu akan menentang Australia pada separuh akhir.

Satu lagi aksi suku akhir menemukan New Zealand dan Singapura, dengan pemenangnya akan berdepan juara bertahan England pada separuh akhir.

Terdahulu, Malaysia tewas tipis 19-21 kepada England dalam aksi sebelah pagi selepas melakar tiga kemenangan berturut-turut ke atas Fiji, Kenya dan Singapura.

Berdasarkan format pertandingan, juara kumpulan mara secara automatik ke separuh akhir, manakala pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga perlu mengharungi aksi suku akhir.

Acara bola keranjang 3x3 mula dipertandingkan pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Glasgow 2026 menyaksikan penampilan sulung Malaysia dalam acara bola keranjang 3x3 lelaki di temasya sukan empat tahun sekali itu. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan