BH Online
Ringkasan Berita

Hanya 0.133 mata pisahkan Rachel daripada gangsa

KUALA LUMPUR: Atlet gimnastik artistik negara, Rachel Yeoh berdepan kekecewaan selepas terlepas peluang meraih pingat gangsa acara palang bertingkat wanita pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini.
Hanya 0.133 mata pisahkan Rachel daripada gangsa

Aksi Rachel dalam acara palang bertingkat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Atlet gimnastik artistik negara, Rachel Yeoh berdepan kekecewaan selepas terlepas peluang meraih pingat gangsa acara palang bertingkat wanita pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini.

Rachel, juara tiga kali Sukan SEA, mengumpul 13.533 mata untuk menamatkan saingan di tempat keempat, hanya dipisahkan 0.133 mata daripada atlet Wales, Emily Roper yang meraih gangsa dengan 13.666 mata.

Pingat emas menjadi milik wakil Australia, Kate McDonald dengan 14.333 mata, manakala atlet Kanada, Elisabeth Black membawa pulang perak selepas mencatat 13.900 mata.

Walaupun gagal menaiki podium, pencapaian Rachel tetap dianggap membanggakan apabila memperbaiki kedudukan berbanding penampilannya pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pada edisi 2022, Rachel hanya menamatkan saingan di tempat ke-16 dalam acara sama, sebelum bangkit mencatat keputusan lebih baik di Glasgow kali ini.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam menamatkan saingan akhir senaman lantai lelaki di kedudukan terakhir selepas merekodkan 12.566 mata.

Video Terkini

Berita Berkaitan