BH Online
Ringkasan Berita

England sekat rentak cemerlang Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad bola keranjang 3x3 lelaki negara terpaksa akur tewas buat kali pertama pada temasya Sukan Komanwel 2026 apabila tunduk 19-21 kepada England dalam aksi sengit Kumpulan B, hari ini.
England sekat rentak cemerlang Malaysia

Aksi pemain negara, Chong Zhen Yang (kanan) ketika diasak pemain Fiji pada perlawanan kumpulan B bola keranjang 3x3 menentang Fiji, Sabtu lalu. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Skuad bola keranjang 3x3 lelaki negara terpaksa akur tewas buat kali pertama pada temasya Sukan Komanwel 2026 apabila tunduk 19-21 kepada England dalam aksi sengit Kumpulan B, hari ini.

Kekalahan tipis itu menamatkan rekod cemerlang Malaysia yang sebelum ini mencatat tiga kemenangan berturut-turut pada penampilan sulung mereka dalam acara berkenaan, namun skuad negara masih berpeluang menutup saingan peringkat kumpulan dengan keputusan positif apabila dijadual menentang Jamaica pada jam 3.45 pagi esok waktu Malaysia.

Malaysia memberi tentangan hebat kepada England sepanjang perlawanan, namun lawan yang tampil lebih tenang pada penghujung aksi berjaya memastikan kemenangan 21-19 untuk menghadiahkan kekalahan pertama buat wakil negara di Glasgow.

Sebelum itu, skuad negara yang dibarisi Chong Zhen Yang, Chang Zi Fueng, Ting Chun Hong dan Ooi Xian Fu mencipta sejarah apabila membuka kempen dengan kemenangan 21-16 ke atas Fiji, sebelum menewaskan Kenya 21-15 dan Singapura 21-15.

Rentetan tiga kemenangan itu menyaksikan Malaysia muncul antara pasukan paling menyerlah dalam Kumpulan B sekali gus membuktikan kemampuan mereka bersaing pada penampilan sulung acara bola keranjang 3x3 lelaki di Sukan Komanwel.

Tumpuan kini terarah kepada aksi terakhir menentang Jamaica yang dijangka menjadi satu lagi ujian penting buat skuad negara dalam usaha meneruskan momentum positif pada temasya di Glasgow.

Video Terkini

Berita Berkaitan