BH Online
Ringkasan Berita

Sumandak Sabah hadiahkan gangsa di Glasgow

GLASGOW: Atlet angkat berat negara, Irene Jane Henry menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori wanita 48 kilogram (kg) pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini.
Sumandak Sabah hadiahkan gangsa di Glasgow

Irene menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan jumlah angkatan 167kg. Foto REUTERS

GLASGOW: Atlet angkat berat negara, Irene Jane Henry menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori wanita 48 kilogram (kg) pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini.

Atlet berusia 21 tahun dari Sabah itu mempamerkan aksi penuh yakin apabila menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dengan jumlah angkatan 167kg menerusi angkatan snatch 77kg dan clean and jerk 90kg di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo.

Pingat emas menjadi milik jaguh India, Mirabai Chanu yang juga pemenang pingat Olimpik dan juara Sukan Komanwel dua kali selepas merekodkan jumlah angkatan 190kg.

Pingat perak pula diraih atlet Nigeria, Ruth Asuquo Nyong dengan catatan 168kg.

Mirabai turut mencipta sejarah apabila memecahkan ketiga-tiga rekod temasya miliknya sendiri menerusi angkatan snatch 85kg, clean and jerk 105kg serta jumlah keseluruhan baharu.

Kejayaan Irene Jane menambah koleksi pingat kontinjen Malaysia dalam acara angkat berat selepas jaguh negara, Mohamad Aniq Kasdan terlebih dahulu menghadiahkan emas pertama negara menerusi kategori lelaki 60kg.

Selain itu, atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin turut menyumbang pingat gangsa menerusi acara lightweight lelaki.

Video Terkini

Berita Berkaitan