BH Online
Ringkasan Berita

Emma elak dijerat Whitehead

KUALA LUMPUR: Status selaku pemain nombor satu dunia tidak membuatkan jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji memandang mudah cabaran apabila memulakan kempen Sukan Komanwel 2026, Selasa ini.
Emma elak dijerat Whitehead

Emma Firyana Saroji (depan) bertindak sebagai pembawa King Baton Malaysia pada pembukaan Sukan Komanwel Glasgow 2026 di The Hydro. - Bernama

KUALA LUMPUR: Status selaku pemain nombor satu dunia tidak membuatkan jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji memandang mudah cabaran apabila memulakan kempen Sukan Komanwel 2026, Selasa ini.

Emma dijadual berdepan wakil Isle of Man, Caroline Whitehead dalam aksi pembukaan kumpulan perseorangan wanita.

Anak kelahiran Selangor itu berkata, walaupun belum pernah bertemu Whitehead di mana-mana kejohanan, beliau tetap mengambil pendekatan berhati-hati kerana tidak mahu dikejutkan pada perlawanan pertama.

"Sama strategi untuk semua perlawanan. Saya perlu meletakkan bowls pertama saya sedekat yang mungkin dengan jack dan perlu konsisten pada setiap balingan bowls," katanya.

Menurut pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 itu, kejayaan rakan sepasukan yang memulakan kempen dengan langkah positif dalam acara perseorangan lelaki dan beregu wanita turut menyuntik semangat buatnya.

Pemain berusia 32 tahun itu akan mempertaruhkan segala pengalaman dimilikinya bagi memastikan kemenangan sekali gus membuka laluan untuk mara lebih jauh.

Video Terkini

Berita Berkaitan