BH Online
Ringkasan Berita

Izat rangkul tali pinggang Fury

KUALA LUMPUR: Jaguh muay thai negara, Izat Zaki membuktikan statusnya sebagai antara petarung terbaik negara apabila menewaskan wakil Indonesia, Brian Lawitan menerusi keputusan sebulat suara untuk menjulang tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship kategori 61 kilogram pada Fury Championship Vol. II di Karisma Arena, di sini, malam tadi.
Izat rangkul tali pinggang Fury

Izat meraikan kejayaan merangkul tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship.

KUALA LUMPUR: Jaguh muay thai negara, Izat Zaki membuktikan statusnya sebagai antara petarung terbaik negara apabila menewaskan wakil Indonesia, Brian Lawitan menerusi keputusan sebulat suara untuk menjulang tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship kategori 61 kilogram pada Fury Championship Vol. II di Karisma Arena, di sini, malam tadi.

Izat memastikan tali pinggang kejuaraan kekal menjadi milik Malaysia selepas mengharungi pertarungan sengit selama lima pusingan menentang Brian yang dikenali dengan gelaran 'The Spoiled Boy' dalam aksi utama yang menjadi tumpuan peminat sejak ia diumumkan tahun lalu.

Petarung berusia 27 tahun itu mengakui lega dapat memenuhi sasaran yang diimpikannya, namun menyedari masih banyak aspek yang perlu dipertingkatkan selepas agak lama tidak beraksi dalam gelanggang.

"Kemenangan ini menjadi motivasi untuk saya meningkatkan prestasi dan membuat persiapan lebih baik bagi menghadapi kejohanan akan datang," katanya.

Kemenangan itu menambah koleksi kejayaan Izat di Fury Championship selepas turut muncul pemenang pada edisi sulung kejohanan berkenaan tahun lalu.

Video Terkini

Berita Berkaitan