BH Online
Ringkasan Berita

Persatuan Kriket Malaysia peroleh perintah injunksi terhadap bekas presiden, 2 bekas EXCO

KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Malaysia (MCA) memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang tiga bekas pemimpinnya daripada terus mengaku atau bertindak sebagai pemegang jawatan dalam organisasi itu.
Persatuan Kriket Malaysia peroleh perintah injunksi terhadap bekas presiden, 2 bekas EXCO

KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Malaysia (MCA) memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang tiga bekas pemimpinnya daripada terus mengaku atau bertindak sebagai pemegang jawatan dalam organisasi itu.

Perintah dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi susulan penghakiman diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, di sini, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan pada 29 Jun lalu.

Dalam writ perintah berkenaan, bekas Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali dinamakan sebagai defendan pertama, manakala dua bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO). Dr Arun Kumar Beshamber Nath dan Amarjeet Singh, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mahkamah memerintahkan Mohammed Iqbal dihalang mengangkat dirinya sebagai presiden atau EXCO Persatuan Kriket Malaysia serta daripada menjalankan sebarang kuasa atau fungsi berkait dengan jawatan terbabit.

Perintah itu turut melarang defendan pertama bertindak melalui pekerja, ejen, wakil, nomini atau mana-mana pihak lain bagi tujuan sama.

Mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan mematuhi perintah berkenaan dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan pematuhan terhadap perintah mahkamah.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada plaintif.

Pada 29 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa peletakan jawatan Mohammed Iqbal sebagai Presiden MCA serta Dr Arun Kumar dan Amarjeet Singh sebagai EXCO adalah sah dan berkuat kuasa.

Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga individu terbabit telah tamat memegang jawatan masing-masing dalam persatuan dan tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan rasmi dalam MCA.

Dalam penghakiman sama, Mahkamah Tinggi turut mendapati tiada sebarang cabaran dikemukakan terhadap kesahihan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 13 April 2025 dan Mesyuarat Agung Dwitahunan pada 27 April 2025.

Mahkamah juga memutuskan cubaan ketiga-tiga individu berkenaan untuk menarik balik peletakan jawatan mereka ditolak oleh persatuan melalui keputusan yang dimaklumkan menerusi surat rasmi bertarikh 23 April 2025.

Video Terkini

Berita Berkaitan