BH Online
Ringkasan Berita

Ethan akhiri saingan di tangga keempat

GLASGOW: Perenang para negara, Ethan Khoo menamatkan saingan di tangga keempat dalam acara akhir 200 meter gaya bebas lelaki S14 pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Ethan akhiri saingan di tangga keempat

Perenang para negara Ethan Khoo bertanding dalam acara 200m gaya bebas lelaki S14 pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026. – Foto AFP

GLASGOW: Perenang para negara, Ethan Khoo menamatkan saingan di tangga keempat dalam acara akhir 200 meter gaya bebas lelaki S14 pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Bersaing di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Ethan mencatat masa 2 minit 05.25 saat untuk menamatkan perlumbaan di luar kedudukan podium.

Pingat emas dimenangi perenang England, William Ellard yang memecahkan rekod temasya menerusi catatan 1:51.66s, manakala Jack Ireland dari Australia meraih pingat perak dengan masa 1:55.22s.

Pingat gangsa menjadi milik Rhys Darbey dari Wales selepas mencatat masa 1:56.24s, manakala seorang lagi wakil negara itu, Dylan Broom dibatalkan penyertaannya.

Terdahulu, Ethan mara ke peringkat akhir selepas mencatat masa 2:05.11s pada aksi saringan. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan