BH Online
Ringkasan Berita

Aliff bakar semangat Jojo

KUALA LUMPUR: Kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib muncul atlet Malaysia pertama bergelar juara dunia ONE Championship menjadi pembakar semangat buat Johan Ghazali yang bertekad meneruskan kebangkitan muay thai negara apabila turun bertarung minggu depan.
Aliff bakar semangat Jojo

Johan dijadual berdepan petarung Lubnan, Ramadan Ondash pada ONE Fight Night yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Jumaat ini.

KUALA LUMPUR: Kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib muncul atlet Malaysia pertama bergelar juara dunia ONE Championship menjadi pembakar semangat buat Johan Ghazali yang bertekad meneruskan kebangkitan muay thai negara apabila turun bertarung minggu depan.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata, kemenangan Aliff membuktikan atlet negara memiliki kualiti untuk bersaing di pentas tertinggi dunia, dan kini gilirannya pula membuktikan Malaysia terus mampu melahirkan jaguh bertaraf dunia.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Aliff. Aliff sudah membuktikan bahawa 'Malaysia Boleh'.

"Dan minggu depan, saya akan buktikan sekali lagi bahawa Malaysia memang layak berada di tahap tertinggi dalam sukan muay thai," katanya.

Jojo dijadual berdepan petarung Lubnan, Ramadan Ondash pada ONE Fight Night yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Jumaat ini.

Menjelang pertemuan itu, Ramadan menegaskan cabarannya terhadap Jojo tidak mempunyai kaitan dengan hubungan persahabatan mereka kerana urusan di dalam gelanggang adalah soal profesionalisme.

"Dia tetap kawan saya, tetapi apabila berada di dalam gelanggang, tiada istilah kawan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan