BH Online
Ringkasan Berita

Kuartet renang negara ketujuh di Glasgow

GLASGOW: Kuartet renang lelaki negara menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam acara final 4x100 meter gaya bebas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, awal pagi tadi.
Kuartet renang negara ketujuh di Glasgow

Kuartet renang lelaki negara menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam acara final 4x100 meter gaya bebas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 awal pagi tadi. – Foto BERNAMA

GLASGOW: Kuartet renang lelaki negara menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam acara final 4x100 meter gaya bebas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, awal pagi tadi.

Pasukan negara yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin mencatat masa 3 minit 24.32 saat pada perlumbaan akhir.

Australia merangkul pingat emas selepas mencipta rekod baharu temasya dengan catatan 3:09.49s, manakala England meraih perak menerusi masa 3:11.69s dan Afrika Selatan membawa pulang gangsa dengan catatan 3:13.99s.

Terdahulu, kuartet negara layak ke final selepas menamatkan saingan di tangga keenam keseluruhan dalam saringan dengan masa 3:23.90s.

Rekod kebangsaan bagi acara itu masih kekal 3:20.61s yang dilakar Hoe Yean, Arvin Shaun, Yin Chuen dan Terence Ng pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Skuad renang negara akan meneruskan cabaran hari ini dengan Yin Chuen dan Arvin Shaun beraksi dalam acara 50m gaya bebas lelaki, manakala Hoe Yean dan Khai Xin akan bersaing dalam acara 400m gaya bebas lelaki. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan