BH Online
Ringkasan Berita

Nicodemus terlepas podium di Glasgow

GLASGOW: Atlet para powerlifting negara, Nicodemus Manggoi Moses terlepas peluang menghadiahkan pingat buat Malaysia selepas menamatkan saingan di tangga keempat kategori heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, awal pagi tadi.
Nicodemus terlepas podium di Glasgow

Atlet para powerlifting negara, Nicodemus Manggoi Moses (kanan) hanya menduduki tangga keempat kategori heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026. – Foto BERNAMA

GLASGOW: Atlet para powerlifting negara, Nicodemus Manggoi Moses terlepas peluang menghadiahkan pingat buat Malaysia selepas menamatkan saingan di tangga keempat kategori heavyweight lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026, awal pagi tadi.

Nicodemus melakukan angkatan terbaik 200 kilogram untuk mengumpul 120.3 mata pada aksi final di Scottish Event Campus Armadillo.

Pingat emas dimenangi atlet Nigeria, Riluwan Idris yang mengumpul 132.8 mata menerusi angkatan terbaik 208kg, manakala wakil England, Matthew Harding meraih perak selepas melakukan angkatan 199kg bagi mengumpul 131.0 mata.

Gangsa menjadi milik atlet India, Jhandu Kumar yang mencatat angkatan terbaik 190kg untuk mengumpul 130.9 mata.

nicod25726c
Bryan Junency Gustin (tengah). – Foto BERNAMA

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Bryan Junency Gustin gagal mencatat sebarang angkatan sah selepas ketiga-tiga percubaannya pada bebanan 196kg, 196kg dan 201kg tidak disahkan.

Terdahulu, adik Bryan yang juga jaguh para powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin gagal mempertahankan gelaran kategori lightweight lelaki apabila sekadar meraih pingat gangsa.

Saingan para powerlifting berlangsung selama sehari sahaja.

Pada Sukan Komanwel, acara para powerlifting dibahagikan kepada kategori lightweight dan heavyweight bagi lelaki serta wanita, dengan pemenang ditentukan menerusi sistem mata yang mengambil kira angkatan terbaik dan berat badan atlet. – BERNAMA

Video Terkini

Berita Berkaitan