BH Online
Ringkasan Berita

Andrew, Amirah kuasai Kinrara

KUALA LUMPUR: Andrew Yap dan Amirah Nur Hanania Afanizam membuktikan statusnya sebagai pemain paling konsisten apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) Pusingan Pertama 2026 bagi kategori lelaki dan perempuan.
Andrew, Amirah kuasai Kinrara

Andrew dan Amirah bersama trofi dimenangi.

KUALA LUMPUR: Andrew Yap dan Amirah Nur Hanania Afanizam membuktikan statusnya sebagai pemain paling konsisten apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) Pusingan Pertama 2026 bagi kategori lelaki dan perempuan.

Seramai 43 pemain beraksi pada hari terakhir di Kelab Golf Kinrara yang berlangsung dalam cuaca yang menyaksikan Andrew menamatkan tiga pusingan dengan keseluruhan 219 pukulan enam di atas par.

Andrew menutup hari terakhir dengan catatan 77 pukulan enam di atas par untuk memastikan namanya turut dinobat sebagai pemenang bagi kategori lelaki A.

"Kemenangan ini amat bermakna buat saya. Sudah agak lama saya tidak memenangi sesuatu kejohanan, kali terakhir adalah pada Oktober tahun lalu. Saya rasa saya benar-benar memerlukan kemenangan ini untuk meningkatkan keyakinan dan kekuatan mental sebagai persediaan menghadapi kejohanan seterusnya, iaitu SUKMA," katanya.

Tempat kedua milik Nathan Wong (+18) diikuti tempat ketiga disandang Muhd Eiqbal Aisy Mohd Elauddin.

Juara kategori lelaki B milik Jarvis Liew Zun Xin dengan 229 pukulan 16 di atas par diikuti Raja Mohd Syakir Raja Mohd Sukry dan Umar Thaqif Ahmad Assraf di kedudukan kedua dan ketiga.

Bagi kategori perempuan, Amirah Nur Hanania Afanizam turut mempamerkan aksi cemerlang apabila mengumpul 225 pukulan keseluruhan dua belas di atas par untuk muncul juara kategori Perempuan B sekali gus muncul juara keseluruhan kategori perempuan.

Bagi Amirah Nur Hanania, kemenangan ini ibarat melunaskan janji kepada ibu bapanya .

"Kemenangan ini agak bermakna sebab saya dah cuba janji dengan mak ayah yang saya mahu menang.

"Ini kali pertama saya bermain di Kinrara. Bagi saya, cabaran paling sukar ialah untuk mendapatkan bola mendarat dekat dengan pin kerana green di sini beralun (slopy) dan kebanyakan kedudukan pin diletakkan di kawasan cerun, jadi memang susah untuk dekat dengan pin," kata Amirah.

Naib juara perempuan B adalah Choi Quinn Cie manakala Deepika Ganesan di kedudukan ketiga.

Nurlyana Yasmin Ruzkinain mengesahkan status sebagai juara kategori A dengan 228 pukulan keseluruhan lima belas dibawah par diikuti Amelia Lee kedua dengan enam belas di atas par dan Adrianna Prewa Sim.

Kejohanan ini menawarkan tiga pusingan iaitu pusingan pertama berlangsung di Kelab Golf Kinrara, Puchong pada 21 hingga 23 Julai.

Pusingan Kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah pada 10-13 Oktober disusuli Kelab Golf A Famosa, Melaka akan menjadi venue bagi Pusingan Ketiga bermula 7-10 September dan Pusingan Akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari 27 hingga 30 Oktober.

Video Terkini

Berita Berkaitan