BH Online
Ringkasan Berita

Atlet diminta sesuaikan waktu tidur di Glasgow

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang baru tiba di Glasgow dinasihatkan supaya segera menyesuaikan waktu tidur mengikut masa tempatan bagi mengurangkan kesan gangguan tidur sementara atau 'jet lag' menjelang Sukan Komanwel 2026.
Atlet diminta sesuaikan waktu tidur di Glasgow

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Glasgow 2026, Datuk Awalan Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Atlet negara yang baru tiba di Glasgow dinasihatkan supaya segera menyesuaikan waktu tidur mengikut masa tempatan bagi mengurangkan kesan gangguan tidur sementara atau 'jet lag' menjelang Sukan Komanwel 2026.

Ketua kontinjen negara, Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, proses penyesuaian itu penting bagi memastikan atlet berada dalam keadaan terbaik apabila memulakan saingan pada temasya empat tahun sekali berkenaan.

Menurutnya, tempoh beberapa hari sebelum pertandingan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh atlet untuk memastikan tahap kecergasan dan kesihatan berada pada tahap optimum.

"Saya nasihat kepada mereka, cuba sesuaikan diri secepat mungkin, terutama atlet yang datang pada saat akhir, mungkin dua hari sebelum pertandingan. Mereka perlu cuba menyesuaikan diri secepat mungkin," katanya.

Awalan berkata, persiapan panjang yang dilalui atlet sebelum tiba di Glasgow perlu diteruskan dengan memastikan aspek pemulihan, kecergasan dan kesihatan diberikan perhatian utama.

"Latihan sudah kita lalui dalam tempoh yang agak lama sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel ini.

"Jadi penting untuk mereka memastikan kecergasan berada pada tahap terbaik dan juga berada dalam keadaan kesihatan yang baik serta bersedia menghadapi hari pertandingan," katanya.

Katanya, pemantauan terhadap atlet akan diteruskan sepanjang temasya bagi memastikan mereka dapat memberikan prestasi terbaik apabila turun beraksi.

Pad temasya kali ini, Malaysia yang diwakili 59 atlet meletakkan sasaran lima pingat emas, dua perak dan empat gangsa dengan angkat berat, berbasikal, boling padang, judo, powerlifting serta para olahraga menjadi antara sandaran utama negara.

Video Terkini

Berita Berkaitan