BH Online
Ringkasan Berita

Perak idam 160 pingat keseluruhan di SUKMA Selangor 2026

IPOH: Menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 pada Ogos depan, kontinjen Perak berhasrat untuk membawa pulang 160 pingat secara keseluruhan.
Perak idam 160 pingat keseluruhan di SUKMA Selangor 2026

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah mempengerusikan Mesyuarat Kontinjen SUKMA Negeri Perak di Ipoh. NSTP/L Manimaran

IPOH: Menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 pada Ogos depan, kontinjen Perak berhasrat untuk membawa pulang 160 pingat secara keseluruhan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah itu sasaran 50 pingat emas daripada kejohanan tetap menjadi fokus utama.

Menurut beliau, kesemua kontinjen Perak kini berada di fasa terakhir bagi melakukan persiapan mengharungi 37 acara yang dipertandingkan.

"Kita sudah kira sampai ke peringkat akhir. Kita tidak mahu menekan atlet sehingga menyebabkan kecederaan. Kita lebih kepada latihan taktikal, kekuatan psikologi, mental dan juga latihan ringan.

"Itu juga satu elemen yang akan menentukan keupayaan dan kemampuan atlet ketika berada di dalam gelanggang." katanya selepas Mesyuarat Kontinjen SUKMA negeri Perak di sini, hari ini.

Menurut beliau, prestasi dan persiapan kesemua atlet juga berada dalam keadaan yang memuaskan.

"Setakat ini saya pun ada turun padang, saya lihat memang komitmen pengurus, jurulatih dan atlet cukup baik.

"Mereka berlatih bersungguh-sungguh dan kita harapkan kesungguhan mereka itu dapat dibuktikan dengan pencapaian di SUKMA Selangor nanti." katanya.

SUKMA Selangor dijangka mempertandingkan 474 acara daripada 37 jenis sukan bermula dari 15 Ogos sehingga 24 Ogos ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan