BH Online
Ringkasan Berita

Skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki bawah 18 tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun, hari ini.
Skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

Skuad hoki lelaki bawah 18 tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun, hari ini. - Foto MHC

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki bawah 18 tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Selepas berdepan tentangan sengit sepanjang separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, anak buah negara akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-41.

Gol pembukaan itu menyuntik semangat skuad muda negara yang terus menggandakan kelebihan hanya tiga minit kemudian menerusi jaringan padang Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal pada minit ke-44.

China cuba bangkit mencari gol untuk merapatkan jurang, namun pertahanan Malaysia kekal ampuh dalam menyekat setiap asakan.

Malaysia kemudian mengesahkan kemenangan bergaya apabila Harieq Hadief Mohd Fariq menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk meletakkan skuad negara selesa mendahului 3-0.

Keputusan itu sekali gus memastikan Malaysia melangkah ke separuh akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B.

Skuad muda negara akan menentang sama ada pasukan India atau korea selatan di separuh akhir.

Video Terkini

Berita Berkaitan