BH Online
Ringkasan Berita

Rai catat sejarah menang Kejuaraan PGA

NEWTOWN SQUARE, Pennsylvania: Pemain England, Aaron Rai meraih gelaran major pertama kariernya selepas menjuarai Kejuaraan PGA dengan kemenangan tiga pukulan mengatasi Jon Rahm dan Alex Smalley.
Rai catat sejarah menang Kejuaraan PGA

Aaron Rai muncul pemain England pertama memenangi Kejuaraan PGA dalam era stroke play dan yang pertama dari negara itu menjulang trofi berkenaan sejak tahun 1919. - Foto AFP

NEWTOWN SQUARE, Pennsylvania: Pemain England, Aaron Rai meraih gelaran major pertama kariernya selepas menjuarai Kejuaraan PGA dengan kemenangan tiga pukulan mengatasi Jon Rahm dan Alex Smalley.

Rai memisahkan dirinya daripada kelompok pencabar menerusi empat birdie di sembilan lubang terakhir, termasuk putt sejauh 20 meter di lubang ke-17 par tiga yang menjadi detik penentu kemenangan.

Dia menamatkan saingan dengan catatan lima bawah par 65 untuk mengakhiri kejohanan dengan keseluruhan sembilan bawah par.

Kemenangan itu menyaksikan Rai muncul pemain England pertama memenangi Kejuaraan PGA dalam era stroke play dan yang pertama dari negara itu menjulang trofi berkenaan sejak Jim Barnes melakukannya pada tahun 1919.

Walaupun namanya hampir pasti terukir pada Trofi Wanamaker sebaik putt terakhirnya masuk, Rai tidak meraikan kemenangan secara berlebihan seperti kebiasaan juara kejohanan major.

Video Terkini

Berita Berkaitan