LAS VEGAS: Legenda gusti profesional, Brock Lesnar mengumumkan persaraan selepas tewas kepada Oba Femi di WrestleMania 42.
Lesnar, 48, tewas melalui kiraan pin dalam tempoh 4 minit 42 saat sebelum meletakkan sarung tangan dan butnya di gelanggang sebagai simbol menamatkan karier bersama WWE yang bermula sejak tahun 2002.
Bekas juara heavyweight UFC itu sempat melakukan gerakan F5, namun Femi bangkit dengan gerakan 'chokeslam' diikuti penamat "Fall From Grace" untuk mencatat kemenangan terbesar kariernya.
Lesnar menamatkan kerjaya dengan rekod cemerlang termasuk 10 kali juara WWE, bekas juara heavyweight UFC serta juara gusti NCAA Divisyen Satu.
Beliau turut mencipta impak besar seawal kemunculan apabila menjuarai King of the Ring 2002 sebelum menewaskan The Rock bagi merebut gelaran utama di SummerSlam pada tahun sama.
Lesnar juga pernah memenangi Royal Rumble serta kontrak 'Money in the Bank' sepanjang kariernya. - AGENSI
























