BH Online
Ringkasan Berita

Maldini, Leonardo letak jawatan selepas 16 hari dilantik

ROME: Legenda Itali, Paolo Maldini dan bekas pemain Brazil, Leonardo dilaporkan meletakkan jawatan daripada peranan masing-masing dalam Persatuan Bolasepak Itali (FIGC), menurut Sky Sport Italia.
Maldini, Leonardo letak jawatan selepas 16 hari dilantik

Maldini dan Leonardo meletak jawatan selepas 16 hari dilantik oleh Persatuan Bolasepak Itali. Foto AGENSI

ROME: Legenda Itali, Paolo Maldini dan bekas pemain Brazil, Leonardo dilaporkan meletakkan jawatan daripada peranan masing-masing dalam Persatuan Bolasepak Itali (FIGC), menurut Sky Sport Italia.

Keputusan itu dibuat hanya beberapa hari selepas kedua-dua tokoh berkenaan bersetuju menyertai rombakan besar-besaran pengurusan skuad kebangsaan Itali.

Maldini dilantik sebagai pengarah teknikal FIGC pada 11 Julai lalu dengan tugas membantu membina semula pasukan kebangsaan selepas Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, bekas kapten AC Milan itu hanya memegang jawatan berkenaan selama 16 hari sebelum mengambil keputusan berundur bersama Leonardo yang dilantik sebagai penasihatnya.

Perkembangan itu berlaku selepas bekas pemain tengah Itali, Andrea Pirlo mengesahkan dirinya bukan lagi calon untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

Pencalonan Pirlo sebelum ini berdepan tentangan hebat susulan kaitan komersialnya dengan sebuah syarikat pertaruhan dari Rusia, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak Itali.

Video Terkini

Berita Berkaitan