BH Online
Ringkasan Berita

Laos impi buat Harimau Malaya terkedu

KUALA LUMPUR: Sekalipun Malaysia turun tanpa skuad terbaik pada kempen Piala ASEAN 2026, itu tidak bermakna skuad Harimau Malaya boleh dianggap lemah menjelang pertembungan dengan Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.
Laos impi buat Harimau Malaya terkedu

Ketua jurulatih Laos Vladica Grujic ketika menjawab pertanyaan pada sidang media perlawanan praperlawanan Piala ASEAN 2026 antara Malaysia menentang Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR: Sekalipun Malaysia turun tanpa skuad terbaik pada kempen Piala ASEAN 2026, itu tidak bermakna skuad Harimau Malaya boleh dianggap lemah menjelang pertembungan dengan Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.

Hakikat itu diakui pengendali Laos, Vladica Grujic yang menegaskan masih terdapat jurang antara Malaysia dan Laos namun dia tidak menolak kejutan dapat disaksikan apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi kedua Kumpulan B itu.

Grujic berkata, mereka menghormati pasukan tuan rumah sekali gus menyaksikan mereka akan turun beraksi dengan penuh keberanian, disiplin dan cuba memanfaatkan peluang yang dapat dicipta.

"Ada perbezaan daripada segi kualiti antara bola sepak Malaysia dan Laos. Kami beraksi dalam liga amatur di Laos tetapi di Malaysia, mereka ada liga profesional.

"Tetapi bola sepak penuh dengan perkara gila dan sudah tentu kami boleh mencipta kejutan. Cuma kalau dibandingkan dengan bola sepak Malaysia, mereka dalam kalangan tiga terbaik di ASEAN," katanya.

Sementara itu, pemain tengah Laos, Khonesavanh Keonuchanh menyatakan mereka sudah melupakan kekalahan besar 0-5 di tangan Thailand pada aksi pembukaan dan fokus sepenuhnya untuk aksi berdepan Malaysia.

"Dalam bola sepak, kadangkala anda menang dan kadang kala anda tewas. Jurulatih banyak memberikan motivasi selepas kekalahan tempoh hari.

"Jadi kami perlu segera memandang ke hadapan dan fokus pada perlawanan seterusnya. Kekalahan itu tidak dapat diubah, jadi kita perlu percaya bahawa kita mampu bangkit," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan