BH Online
Ringkasan Berita

PSG letak tanda harga tinggi buat Barcola

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan tanda harga £140 juta (RM763 juta) terhadap Bradley Barcola yang menjadi buruan Liverpool dan Arsenal.
PSG letak tanda harga tinggi buat Barcola

Bradley Barcola enggan menandatangani kontrak baharu bersama PSG sekali gus menarik minat dua kelab gergasi EPL, Liverpool dan Arsenal. – Foto fail REUTERS

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan tanda harga £140 juta (RM763 juta) terhadap Bradley Barcola yang menjadi buruan Liverpool dan Arsenal.

Dua pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan berminat mendapatkan pemain antarabangsa Perancis berkenaan yang terbuka untuk meninggalkan Paris pada jendela perpindahan musim panas ini.

Barcola, 23, masih berbaki dua tahun dalam kontraknya di Parc des Princes dan tidak berhasrat menandatangani perjanjian baharu bersama juara Perancis itu.

PSG yang muncul juara Liga Juara-Juara buat dua musim berturut-turut tidak bercadang menjualnya buat masa ini.

Namun mereka sedang meneroka peluang mendapatkan Yan Diomande dan pemain Monaco, Maghnes Akliouche sekali gus membuka ruang untuk Barcola dilepaskan.

Minggu lalu, SunSport melaporkan Liverpool kini berada di depan Arsenal dalam perlumbaan mendapatkan Barcola, namun kedua-dua kelab dimaklumkan mereka perlu membayar yuran perpindahan yang tinggi untuk merealisasikan hasrat itu.

Rekod perpindahan Britain membabitkan Morgan Rogers ke Chelsea pada nilai £117 juta (RM637 juta) turut meningkatkan harga pasaran, menyebabkan PSG meletakkan nilai Barcola lebih £20 juta (RM109 juta) berbanding pemain England itu.

Ia berlaku walaupun Barcola bukan pilihan utama secara tetap di bawah kendalian Luis Enrique.

Liverpool kini sedang membina semula skuad selepas menamatkan musim lalu di tangga kelima EPL.

Andoni Iraola menggantikan Arne Slot sebagai pengurus, manakala Liverpool turut membawa masuk pemain sayap Sepanyol, Victor Munoz dari Osasuna menerusi perpindahan bernilai £34.5 juta (RM188 juta), sekali gus mengatasi Newcastle dalam perebutan pemain itu.

Mohamed Salah sudah meninggalkan kelab, manakala masa depan Cody Gakpo masih belum pasti, sekali gus dijangka mendorong Liverpool terus memperkukuhkan jentera serangan.

Arsenal sebelum ini turut memburu Morgan Rogers sebelum Chelsea berjaya mendapatkan pemain sayap itu dari Aston Villa, selain turut meneroka peluang mendapatkan bintang Real Madrid, Vinicius Junior. – AGENSI

Video Terkini

Berita Berkaitan