BH Online
Ringkasan Berita

Neymar tutup mulut pengkritik

SAO PAULO: Neymar membalas kritikan terhadap dirinya dengan cara tersendiri apabila meledak dua gol ketika kembali beraksi bersama Santos selepas kempen mengecewakan Brazil di Piala Dunia.
Neymar tutup mulut pengkritik

Neymar menjaringkan dua gol buat Santos untuk mengikat Chapecoense 2-2 dalam aksi Liga Brazil. Foto AFP

SAO PAULO: Neymar membalas kritikan terhadap dirinya dengan cara tersendiri apabila meledak dua gol ketika kembali beraksi bersama Santos selepas kempen mengecewakan Brazil di Piala Dunia.

Dua jaringan penyerang berusia 34 tahun itu membantu Santos bangkit mengikat Chapecoense 2-2 dalam aksi Liga Brazil, sekali gus meraih satu mata penting dalam usaha mengelak zon penyingkiran.

Bagaimanapun, keputusan itu menyaksikan Santos hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Neymar membuat penampilan pertama bersama kelab itu selepas berehat lebih dua bulan, namun terus menjadi perhatian susulan kritikan terhadap gaya hidupnya di luar padang.

Tekanan terhadap pemain itu semakin meningkat minggu ini selepas dia menyertai kejohanan poker ketika rakan sepasukannya beraksi dalam saingan Copa Sudamericana di Venezuela.

Namun, Neymar menjawab kritikan berkenaan menerusi sambutan gol penuh sindiran apabila melakukan gaya seperti mengagihkan kad selepas menjaringkan gol pertama, sebelum menggunakan bendera penjuru sebagai kayu golf.

Pemain yang memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil itu sebelum ini mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas skuad juara dunia lima kali itu tersingkir kepada Norway pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia.

Video Terkini

Berita Berkaitan