BH Online
Ringkasan Berita

Mourinho enggan Real lepaskan Vinicius ke Arsenal

MADRID: Jose Mourinho dilaporkan mahu Real Madrid menolak sebarang cubaan Arsenal untuk mendapatkan pemain sayap Brazil, Vinicius Junior.
Mourinho enggan Real lepaskan Vinicius ke Arsenal

Pemain sayap Real Madrid dan Brazil, Vinicius Junior. – Foto fail REUTERS

MADRID: Jose Mourinho dilaporkan mahu Real Madrid menolak sebarang cubaan Arsenal untuk mendapatkan pemain sayap Brazil, Vinicius Junior.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu mahu memperkukuhkan pilihan di bahagian sayap kiri dan sudah mula meneroka peluang melakukan perpindahan berprofil tinggi bagi mendapatkan bintang Real Madrid itu.

Perbincangan secara langsung antara kedua-dua kelab masih belum dimulakan, namun terdapat 'persetujuan di semua peringkat' di Arsenal untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu.

Vinicius menjaringkan 22 gol dan mencipta 14 bantuan jaringan musim lalu, namun hanya berbaki 12 bulan dalam kontraknya bersama Madrid dan berpotensi meninggalkan kelab itu secara perpindahan percuma pada musim panas tahun depan.

Gaji dijangka menjadi halangan buat The Gunners, dengan Vinicius dilaporkan sudah menerima bayaran lumayan sebanyak £400,000 (RM2.17 juta) seminggu menerusi kontrak semasanya.

Laporan The Telegraph pula menyebut Mourinho akan menjadi satu lagi halangan kepada sebarang usaha menjual pemain itu kerana ketua jurulatih baharu Real Madrid itu tidak mahu melihat antara tonggak utamanya meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Bercakap bulan lalu, Presiden Madrid, Florentino Perez turut memberi bayangan kelab itu mahu mengekalkan Vinicius Jr melepasi tempoh kontraknya ketika ini.

"Vini adalah antara pemain terbaik dunia dan dia gembira menjadi pemain Madrid.

"Dia memainkan peranan penting membantu kami memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah yang lalu dan kontraknya masih berbaki setahun.

"Masih ada masa, tetapi saya boleh katakan Vinicius mahu kekal di Madrid dan saya juga mahu dia terus bersama kami," kata Perez. – AGENSI

Video Terkini

Berita Berkaitan