BH Online
Ringkasan Berita

Howe bimbang Guimaraes tinggalkan Newcastle

LONDON: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui tidak pasti sama ada Bruno Guimaraes akan kekal bersama kelab itu selepas pemain tengah Brazil berkenaan menjadi sasaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.
Howe bimbang Guimaraes tinggalkan Newcastle

Howe berharap Guimaraes kekal bersama Newcastle United. Foto AFP

LONDON: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui tidak pasti sama ada Bruno Guimaraes akan kekal bersama kelab itu selepas pemain tengah Brazil berkenaan menjadi sasaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Guimaraes dilaporkan menarik minat Arsenal yang bersedia mengemukakan tawaran bernilai 70 juta pound (RM381 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.

Pemain tengah Brazil itu kini masih bercuti selepas negaranya tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia berikutan kekalahan kepada Norway awal bulan ini dan dijadualkan kembali menyertai Newcastle pada Jumaat ini sebelum kem latihan pramusim di Sepanyol.

Minat Arsenal itu bagaimanapun mencetuskan kebimbangan buat Howe yang sebelum ini kehilangan penyerang utama, Alexander Isak kepada Liverpool musim lalu.

Bercakap selepas Newcastle seri 1-1 dalam aksi persahabatan pramusim menentang Gateshead, Howe berkata dia tidak mahu kehilangan pemain terbaik pasukan.

"Kami tidak mahu kehilangan pemain terbaik kami.

"Saya sudah bercakap dengannya (Guimaraes) seperti biasa. Bruno seorang yang hebat. Kami mempunyai beberapa perbualan yang sangat baik sebelum, semasa dan selepas Piala Dunia.

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan masa depan Bruno. Itu terpulang kepada pihak lain untuk membuat spekulasi dan perbincangan yang saya sendiri tidak terbabit," katanya.

Howe berharap pemain tengah itu memilih untuk terus kekal di St James Park.

Video Terkini

Berita Berkaitan