BH Online
Ringkasan Berita

Khusanov kekal bersama Man City hingga 2031

LONDON: Pemain pertahanan Manchester City, Abdukodir Khusanov mengikat komitmen jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun.
Khusanov kekal bersama Man City hingga 2031

Khusanov menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun bersama City. Foto Manchester City

LONDON: Pemain pertahanan Manchester City, Abdukodir Khusanov mengikat komitmen jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun.

Perjanjian baharu itu menyaksikan pemain pertahanan tengah Uzbekistan berusia 22 tahun itu kekal di Stadium Etihad sehingga 2031.

Khusanov membantu City meraih Piala FA dan Piala Liga musim lalu selain menamatkan saingan EPL di tempat kedua.

Dia menyertai City dari kelab Perancis, Lens pada Januari 2025 dan sejak itu menjadi antara pemain yang mendapat perhatian dalam skuad berkenaan.

Pemain yang sudah mengumpul 30 penampilan antarabangsa bersama Uzbekistan itu turut beraksi pada Piala Dunia 2026, dengan tampil dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Kumpulan K.

"Saya sangat gembira dapat melanjutkan tempoh bersama City. Ini hari yang istimewa buat saya dan keluarga.

"Saya menikmati setiap detik sejak tiba di Manchester dan merasakan diri saya semakin berkembang serta banyak belajar sebagai pemain," kata Khusanov.

Khusanov berkata cabaran seterusnya adalah meyakinkan pengurus baharu, Enzo Maresca serta barisan kejurulatihan untuk mendapatkan tempat secara konsisten dalam kesebelasan utama.

"Saya mempunyai cabaran baharu sekarang iaitu memberi kesan positif kepada pengurus dan kakitangannya serta memastikan saya berada dalam pasukan secara tetap. Saya bertekad untuk melakukannya," katanya.

Khusanov menjadi pemain kedua City yang mengikat kontrak untuk tempoh jangka panjang bersama kelab itu minggu ini selepas penyerang England, Phil Foden menandatangani kontrak baharu selama empat tahun.

Video Terkini

Berita Berkaitan