BH Online
Ringkasan Berita

JDT ikat kelab La Liga

KUALA LUMPUR: Persiapan pramusim gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) bertambah rancak selepas mereka berjaya mengikat pasukan La Liga, Elche CF dengan keputusan 0-0, semalam.
JDT ikat kelab La Liga

Penyerang JDT, Bergson da Silva dikepung empat pemain Elche CF pada aksi persahabatan semalam.

KUALA LUMPUR: Persiapan pramusim gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) bertambah rancak selepas mereka berjaya mengikat pasukan La Liga, Elche CF dengan keputusan 0-0, semalam.

Ini adalah perlawanan pramusim keempat buat skuad bimbingan Xisco Munoz dan mereka akan meneruskan jelajah pramusim berdepan satu lagi kelab Sepanyol, UD Castellonense, hari ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan, skuad Harimau Selatan berjaya meraih satu kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Mereka membuka kempen pramusim dengan kejayaan mengikat gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers 2-2 sebelum tewas tipis 2-3 di tangan kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

JDT kemudiannya bangkit pada aksi ketiga apabila membelasah CD Contestano 8-0 untuk kemenangan sulung mereka pada kempen pramusim setakat ini.

Selepas ini, ada empat lagi aksi menanti mereka sebelum mereka pulang ke tanah air untuk membuka kempen Liga Malaysia (Liga M) musim baharu.

Selepas menentang UD Castellonense, mereka akan berdepan Costa City pada 27 Julai disusuli aksi menentang Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol (AFE), sehari selepas itu.

Kelab Qatar, Qatar SC menanti mereka pada 30 Julai sebelum aksi terakhir menentang FC Cartagena pada 31 Julai.

Video Terkini

Berita Berkaitan