BH Online
Ringkasan Berita

Klopp beri amaran kepada media

FRANKFURT: Pengendali baharu Jerman, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pihak media supaya menghormati privasi keluarganya, sambil menegaskan dirinya tidak teragak-agak melepaskan jawatan andai perkara itu gagal dipatuhi.
Klopp beri amaran kepada media

Pengarah skuad kebangsaan Jerman, Rudi Voeller (kiri) bersama pengendali baharu, Jurgen Klopp, pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) di Frankfurt, semalam. Foto: AFP

FRANKFURT: Pengendali baharu Jerman, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pihak media supaya menghormati privasi keluarganya, sambil menegaskan dirinya tidak teragak-agak melepaskan jawatan andai perkara itu gagal dipatuhi.

Klopp, 59, membuat kenyataan itu ketika diperkenalkan secara rasmi sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Jerman dengan kontrak selama empat tahun.

"Jika anda berkelakuan buruk dan tidak membiarkan keluarga saya hidup dengan tenang, saya akan pergi. Saya akan meninggalkan jawatan ini.

"Saya tidak melakukan tugas ini untuk diri sendiri, tetapi untuk negara. Saya menerima jawatan ini walaupun melihat bagaimana anda melayan Julian Nagelsmann dan Thomas Tuchel.

"Saya cintakan tugas ini, tetapi saya sentiasa bersedia untuk berundur jika perlu," katanya.

Bekas pengendali Liverpool dan Borussia Dortmund itu diberi tanggungjawab mengembalikan kegemilangan Jerman selepas skuad berkenaan sekali lagi mengecewakan apabila tersingkir pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia.

Klopp mengambil alih tugas daripada Julian Nagelsmann yang melepaskan jawatan susulan kekalahan menerusi penentuan penalti kepada Paraguay, sekali gus meneruskan rentetan hambar Jerman di pentas Piala Dunia selepas turut tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2018 dan 2022.

Dalam sidang media pertamanya, Klopp menyifatkan tugas mengendalikan skuad kebangsaan sebagai kemuncak kariernya dan berjanji memberikan segala-galanya demi mengembalikan Jerman ke kelompok elit dunia.

"Jawatan ini adalah kemuncak kerjaya saya dan saya akan memberikan segala yang saya ada untuk memastikan kami berjaya.

"Saya bukan seorang yang sempurna, tetapi kami mempunyai beberapa minggu untuk membuat persiapan sebelum aksi antarabangsa pertama dan saya yakin tempoh itu mencukupi," katanya.

Klopp akan dibantu Peter Krawietz, Pep Lijnders dan bekas pemain antarabangsa Jerman, Sven Bender, dalam barisan kejurulatihan baharu.

Video Terkini

Berita Berkaitan