BH Online
Ringkasan Berita

Paredes 'belum pasti' masa depan bersama Argentina

BUENOS AIRES: Leandro Paredes memberi bayangan masa depannya bersama skuad kebangsaan Argentina sebagai 'masih belum pasti' selepas kekalahan menyakitkan kepada Sepanyol pada final Piala Dunia 2026.
Paredes 'belum pasti' masa depan bersama Argentina

Aksi Leandro Paredes ketika bersama kelab disertainya Boca Juniors. Foto: AFP

BUENOS AIRES: Leandro Paredes memberi bayangan masa depannya bersama skuad kebangsaan Argentina sebagai 'masih belum pasti' selepas kekalahan menyakitkan kepada Sepanyol pada final Piala Dunia 2026.

Pemain tengah Boca Juniors itu mengakui memerlukan masa untuk menghadam kekecewaan berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perjuangan bersama Albiceleste atau sebaliknya.

"Saya tidak tahu sama ada saya mampu meneruskan. Ini adalah satu proses yang perlu dihadam dan difikirkan dengan baik," katanya selepas kembali beraksi bersama kelabnya.

Paredes berkata, kekalahan di pentas final yang hampir menghadiahkan kejuaraan keempat buat Argentina adalah sesuatu yang sukar dilupakan dalam tempoh singkat.

"Ia akan mengambil masa yang panjang untuk melupakan apa yang kami lalui. Walaupun kami mencapai perkara penting, kalah dalam final Piala Dunia akan terus menyakitkan kerana kami begitu hampir sekali lagi," katanya.

Menurutnya, masa depan skuad Argentina mungkin menyaksikan perubahan besar kerana mengekalkan kumpulan pemain sama pada tahap tertinggi bukan sesuatu yang mudah.

"Bagi ramai pemain, ini mungkin masa untuk menentukan sama ada mahu teruskan atau tidak. Ia adalah satu proses yang indah dan luar biasa, kami berjaya mencapai perkara penting.

"Tetapi amat sukar untuk mengekalkan tahap ini dan memastikan kumpulan ini terus berfungsi dengan cara sama. Banyak perkara perlu dipertimbangkan dan keputusan perlu dibuat dengan tenang," katanya.

Walaupun kecewa gagal menjulang trofi, Paredes tetap berbangga dengan perjalanan Argentina sepanjang kejohanan kerana berjaya membina hubungan erat dengan penyokong.

"Kami melalui Piala Dunia yang membuatkan rakyat melihat diri mereka dalam pasukan ini dan itu sangat bermakna. Dari sudut itu, saya gembira," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan