BH Online
Ringkasan Berita

Cheng Hoe tidak hirau status pemain

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan tidak kisah mengenai status pemain dalam skuad itu sama ada pemain tempatan, warisan atau naturalisasi.
Cheng Hoe tidak hirau status pemain

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh (tengah) ketika berlepas ke Yangon, Myanmar, semalam. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan tidak kisah mengenai status pemain dalam skuad itu sama ada pemain tempatan, warisan atau naturalisasi.

Sebaliknya, pengendali berusia 58 tahun itu menjelaskan semua pemain menerima layanan sama apabila menyarung jersi skuad kebangsaan dan membawa satu matlamat untuk meraih kejayaan.

"Saya hanya memberi tumpuan kepada pasukan. Siapa sahaja yang bermain untuk pasukan Malaysia, saya tidak kisah, sama ada pemain warisan atau pemain naturalisasi.

"Selagi mereka adalah pemain Malaysia, saya amat gembira untuk berada di sini dan saya berharap pemain ini dapat mempamerkan prestasi yang baik dalam perlawanan esok," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala ASEAN 2026 di Stadium Thuwunna, Yangon, esok.

Mengulas mengenai pertembungan itu, Cheng Hoe berkata skuad negara berada dalam keadaan terbaik selepas menjalani persiapan rapi sejak beberapa hari lalu, namun tetap menghormati kemampuan lawan yang kini dibimbing jurulatih baharu, Jorn Andersen.

"Kami sudah membuat segala persiapan yang diperlukan. Pemain berada dalam keadaan yang baik dan semangat mereka juga tinggi. Kami menghormati Myanmar, mereka mempunyai jurulatih baharu, dibarisi pemain muda yang bekerja keras dan memiliki corak permainan pantas.

"Kami perlu memberi tumpuan kepada corak permainan sendiri dan tidak boleh terlalu kerap kehilangan bola kerana ancaman utama Myanmar adalah serangan balas pantas," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan