BH Online
Ringkasan Berita

Newcastle sambar bakat muda Monaco

LONDON: Newcastle United mengukuhkan jentera tengahnya apabila mengumumkan ketibaan pemain muda Aladji Bamba dari Monaco dengan kontrak selama lima tahun.
Newcastle sambar bakat muda Monaco

Bamba menyertai Newcastle dari Monaco dengan kontrak selama lima tahun. Foto: Laman sesawang Newcastle United

LONDON: Newcastle United mengukuhkan jentera tengahnya apabila mengumumkan ketibaan pemain muda Aladji Bamba dari Monaco dengan kontrak selama lima tahun.

Menurut laporan media Britain, kelab Liga Perdana Inggeris itu membayar yuran perpindahan awal sebanyak 30 juta pound (kira-kira RM163 juta), tidak termasuk bayaran tambahan berdasarkan prestasi.

Pemain berusia 20 tahun itu adalah produk akademi Monaco dan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kelab Ligue 1 berkenaan musim lalu.

Bamba kemudian mengumpul 25 penampilan dalam semua pertandingan, termasuk beraksi dalam kedua-dua aksi playoff pusingan kalah mati Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain.

"Saya teruja untuk menguji kemampuan dalam liga baharu, liga terbaik di dunia.

"Saya belajar banyak perkara musim lalu dan kini berasakan sudah bersedia untuk peluang baharu ini. Saya akan memberikan segala-galanya buat kelab ini," kata Bamba dalam kenyataan yang dikeluarkan Newcastle.

Video Terkini

Berita Berkaitan